Saturday, October 24, 2009

Sharing is caring ...


Salam satu Malaysia (no political value)...

Bukan senang untuk senang, ... (anda tahu ayat seterusnya). Memang realiti dan bukan sekadar satu retorik. Sejak mengenali forex sekitar 2006, potensinya memang tidak pernah susut sehingga sekarang, malah makin meningkat! Dengan bilangan trader baru yang bertambah tidak terkira ramainya setiap saat di seluruh dunia, memang forex telah menjadi satu "kegilaan".

Anda mungkin sering mendengar atau membaca statistik forex yang popular "95% of all trader eventually fail and go broke". Ia masih sangat benar, bukan kerana mereka tiada strategi yang istimewa, atau bentuk graf yang tak pernah dilihat, atau sistem yang sempurna.

Segala-galanya berpunca dari sikap manusia. Sikap manusia untuk menjadi tamak. Sikap manusia bertindak berpandukan perasaan. Sikap manusia menganggap semuanya kemungkinan betul. Sikap manusia yang tidak sabar terutama bila bersangkut-paut dengan duit.

Kebanyakan orang ingin kaya cepat (getting rich quick). Dalam forex, tidak menerima kesilapan adalah ramuan utama ke arah kegagalan. Jurang mereka ini dengan kejayaan akan lebih lebar, malah lebih cepat melebar. Seperti kata Avi Frister "My interpretation of greed in trading is simply wanting to get of the market more than the market can give. Being unrealistic of what can be achieved".

Bersambung ...