Monday, December 14, 2009

Trade Tanpa Indikator ?


Bolehkah kita trade forex dengan keuntungan tanpa menggunakan sebarang indikator? Ada yang mungkin menjawab "mustahil" dan tidak kurang juga yang mungkin berkata "tidak mustahil".

Mustahil bagi mereka yang baru mengenali forex tidak terdedah dengan pelbagai indikator. Tidak kurang juga yang mampu mencipta indikator sendiri. Tetapi, hakikatnya indikator hanyalah satu petunjuk atau ramalan, tidak lebih dari itu. Indikator bukan pembuat keputusan untuk masuk "buy" atau "sell". Persoalannya, adakah kita selesa setelah mengikut ramalan indikator tersebut? Adakah kita masih risau yang keputusan dibuat adalah salah?

Jadi, dimanakah sebenarnya kedudukan indikator sebagai "petunjuk" untuk anda melakukan "trade" ? Adakah ia sama sahaja jika anda tidak menggunakan indikator? Mungkin ya, mungkin tidak... Jika sama sahaja, tidak perlulah menggunakan apa-apa indikator. Timbul semula persoalan ayat pertama di atas "Bolehkah kita trade forex dengan keuntungan tanpa menggunakan indikator?

Jawapannya ialah "Ya!", sekali lagi "Ya!". Mungkin ada timbul persepsi trade secara "hentam sajalah" atau "gamble" memang boleh... Bagaimana jika tanpa kerisauan kita masuk "buy" atau "sell", kemudian kita mampu mengurus semua "trading" sehingga "profit" ? Tanpa "loss" dan setiap kali "trade" kita mampu mengulang perkara yang sama ... Bagaimana jika anda mampu melakukannya? Bukan suatu yang mustahil lagi dan kunci utamanya adalah "trade management".

Jika anda orang Sabah & ingin tahu mengenai "trade management" ini, anda boleh email kepada saya alphabiz08@gmail.com (alphabizkosonglapan@gmail.com).



Saturday, October 24, 2009

Sharing is caring ...


Salam satu Malaysia (no political value)...

Bukan senang untuk senang, ... (anda tahu ayat seterusnya). Memang realiti dan bukan sekadar satu retorik. Sejak mengenali forex sekitar 2006, potensinya memang tidak pernah susut sehingga sekarang, malah makin meningkat! Dengan bilangan trader baru yang bertambah tidak terkira ramainya setiap saat di seluruh dunia, memang forex telah menjadi satu "kegilaan".

Anda mungkin sering mendengar atau membaca statistik forex yang popular "95% of all trader eventually fail and go broke". Ia masih sangat benar, bukan kerana mereka tiada strategi yang istimewa, atau bentuk graf yang tak pernah dilihat, atau sistem yang sempurna.

Segala-galanya berpunca dari sikap manusia. Sikap manusia untuk menjadi tamak. Sikap manusia bertindak berpandukan perasaan. Sikap manusia menganggap semuanya kemungkinan betul. Sikap manusia yang tidak sabar terutama bila bersangkut-paut dengan duit.

Kebanyakan orang ingin kaya cepat (getting rich quick). Dalam forex, tidak menerima kesilapan adalah ramuan utama ke arah kegagalan. Jurang mereka ini dengan kejayaan akan lebih lebar, malah lebih cepat melebar. Seperti kata Avi Frister "My interpretation of greed in trading is simply wanting to get of the market more than the market can give. Being unrealistic of what can be achieved".

Bersambung ...